Sunday, 14 October 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 5

Minggu ke 5 ni setiap kumpulan kne buat pembentangan dalam kelas..Satu kumpulan 2 orang..ahli kumpulan saya adalah Nurulnadia Binti Mohamad Noor. Tajuk yang kami kne bentang kan adalah Thinking Skill And ICT  .Saya dan ahli kumpulan yang lebih mesra dengan pangilan Kak Nad telah membahagikan tugas agar ia menjadi mudah. Saya memncari maklumat mengenai ICT manakala Kak Nad mencari maklumat mengenai Thinking Skills. Kami pun ape lagi terus pergi ke GOOGLE..hehehe



Kami cari maklumat yang berkait rapat dengan tajuk kami,banyak jugak maklumat yang kami dapat tp tak semestinye smue tu btul..so kami baca statement tersebut 1 per 1 dan bandingkan yang mana benar yang mana salah..Masa mula nk present rasa gementar semacam je,tapi alhamdulillah berjalan dengan lancar.

Antara tajuk yang dibentangkan pada hari itu adalah :
  • 21st Century Skills
  • Thinking Skills and ICT
  • Internet and Computer Security (Virus,Spam,Pishing) and Operating System
  • Original and License Software
  • Open Source Software
  • Web 2.0 in Education
  • E-Learning and Mobile Learning


Kemahiran Berfikir

Definisi

 Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Tujuan

  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.


    Ciri-Ciri Pemikir Bijak

    • Cekal                 
    • Luwes
    • Reflektif
    • Kurang impulsif
    • Ingin tahu
    • Mengambil risiko
    • Mahir menyoal
    • Tidak mudah putus asa
    • Asertif
    • Berkerjasama

ICT


Definisi

}ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan maklumat, khususnya, penggunaan komputer elektronik, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan mendapatkan maklumat dari mana-mana dan bila-bila masa.

Manfaat ICT:

  1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran
  2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan
  3. Meningkatkan motivasi pelajar
  4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
  5. Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
  7.  Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa
  8. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi pelajar
  9. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.
  10. Meningkatkan kemahiran ICT
Banyak lagi manfaat ICT kepada kita,oleh itu dengan adanya kemudahan ini kita gunakan lah sebaik mungkin,jagan lah kita menyalahgunakannya..Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsi kan apa yang berlaku pada minggu ke 5..Terima kasih kerana sudi membaca..Wassalam..=D                  

Sunday, 7 October 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 4

Assalamualaikum...=D

Alhamdulillah..dah masuk minggu ke 4,maknanya dah sepurnama lah saya belajar kat sini. Cepat betul masa berlalukan. Minggu ke 4 ni Puan Fariza telah menerang kan kepada kami dengan lebih lnjut mengenai Web 2.0.

Web 2.0 adalah konsep yang mengambil rangkaian sebagai platfrom untuk perkongsian maklumat atau pun lebih dikenali membenarkan pengguna untuk berinteraksi dan berkerjasama antara 1 sama lain dalam media sosial.

Antara contoh Web 2.0 adalah

Facebook
Twitter

Blogs(ni blog saya,nk promote lg...hehehe)


Wikis

Antara ciri-ciri Web 2.0

  • Carian  : mencari maklumat
  • Pautan : Menyambung maklumat bersama-sama ke dalam maklumat  yang bermakna
  • Authoring : Keupayaan untuk mencipta dan mengemaskini kandungan membawa kepada kerjasama. Sebagai contoh dalam blog pengikut boleh menulis komen di bawah blog tersebut.
  • Tags : Untuk memudah kan mencari. Antara contoh software adalah Adobe reader, Adobe Flash Player dan lain-lain.
  • Isyarat : memberitahu penguna tentang perubahan kandungan


                                   



                                            
Saya juga belajar tentang virus juga..Nak thu virus tu ape,mesti rmai dah tahu kn..
Virus adalah satu virus komputer adalah program komputer yang boleh meniru sendiri dan merebak dari satu komputer kepada yang lain.

Antara contoh Virus adalah :
 Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk masuk ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Trojan ialah  serangan jenis ini menyamar dengan menjadi applikasi komputer yang biasa kemudian melakukan kerja backdoor-nya bagi memberi laluan kepada penggodam dan juga jangkitan virus.


Spyware merupakan program yang dibuat dengan tujuan untuk menyelinap masuk ke dalam komputer anda dan menjadi "mat spy" yang tidak diketahui oleh pengguna pc.


Rootkits adalah kumpulan software yang bertujuan untuk menyembunyikan proses, file dan data sistem yang sedang berjalan dari sebuah sistem operasi tempat dia bernaung.



Oleh itu setiap komputer sewajarnya mempunyai sistem 'anti virus' dalam komputer kita.Kaspersky, Avira, Avast adalah antara contoh-contoh anti-virus yang berada di pasaran.Mahupun kita mempunyai anti virus di dalam perisian kita,kita mestilah sentiasa 'update' atau mengemas kini mengikut waktu yang ditetapkan.Kita juga perlu berhati-hati sebelum menjalankan file baru dengan lakukan scanning terlebih dahulu dengan anti virus sebelum menjalankan sebuah file yang didapat dari mendownload di internet atau menyalin dari orang lain. 

Pada hari tu juga saya belaja tentang sistem operasi(operating system) Satu sistem operasi (OS) adalah koleksi perisian yang menguruskan sumber perkakasan komputer dan menyediakan perkhidmatan biasa bagi program komputer. Sistem operasi adalah satu komponen penting dalam sistem perisian dalam sistem komputer. Program aplikasi memerlukan sistem operasi untuk berfungsi.


Antara contoh sistem operasi adalah :



  1. Adroid
  2. BSD
  3. IOS
  4. Linux
  5. Mac OS X
                                              
                                             


sampai sni saja yang dpat sy ceritaakn..nnt sy cerita lg k..wassalam


Saturday, 29 September 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-3

Assalamualikum dan Salam Sejahtera...=)

Alhamdulillah,pejam celik pejam celik dah msuk minggu ke 3 saya belajar subjek komputer dalam pendidikan..
Sebagai mana minggu lepas saya menceritakan cara-cara membuat email rasmi,yahoo group dan facebook rasmi,minggu ni pula saya telah belajar cara-cara untuk membuka akaun DROPBOX..
Apa itu Dropbox? Ha....that is good question..=D

Ni lah jawapanya...Dropbox adalah satu aplikasi yang menyediakan ruang simpanan untuk file anda secaraonline. Bagi newbie yang belum “berkesempatan” mempunyai hosting sendiri, Dropbox boleh digunakan sebagai host kepada produk percuma anda yang ingin anda berikan kepada subscriber anda.
Anda boleh menggunakan file hosting yang lain tetapi bagi saya Dropbox adalah yang paling mudah ditangani dan saya amat rekemen anda menggunakannya.
Aplikasi Dropbox akan mencipta satu folder baru didalam komputer anda secara automatik dan folder itu sama macam folder dalam komputer anda. Bezanya ialah setiap kali anda masukkan fail ke dalam folder Dropbox, fail akan di upload secara automatik ke dalam folder anda yang terletak di dropbox.com. Maknanya anda boleh akses ke dalam folder anda walau dimana anda berada. (macam pen-drive versi online).
Untuk mendapat link download produk percuma anda, anda hanya perlu masuk ke dalam folder public, “right-click” ke atas folder tersebut dan pilih “copy public link”. Walla…..link download anda akan dipaparkan. Inilah link download yang anda berikan kepada subscriber anda. Lagipun ianya PERCUMA sehingga 2GB.

Tu lah makna dropbox,saya pun baru-baru je dengar nama tu..Nampak sangat saya ni ketinggalan zaman kan..Banyak lagi rupanya yang saya tidak tahu lg tentang ICT ni...


Apa lagi jom la cepat buat akaun dropbox..=D
Sebelum saya membuka akaun tersebut,dalam performa telah link kan 1 video tentang pengunaan Dropbox..https://www.dropbox.com/
Study lah dulu ye sebelum buat akaun tersebut,supaya kita jadi lebih faham tentang penggunaannya dan tahu cara nak install nya..

 Macam mana nak guna Dropbox?

Selepas anda  install.. nanti anda akan nampak ada icon Dropbox pada tray bawah di sebelah kanan sebelah jam.. kalau icon tersebut ada simbol refresh warna biru, maksudnya file kita sedang di sync/download.. Anda boleh rollover mouse dekat situ untuk tahu status file.. kalau icon tu ada simbol tanda right warna hijau, maksudnya file anda sudah di sync/download..

untuk simpan file dengan diri anda sahaja, anda boleh create folder dalam tu, dan letakkan file dalam folder tersebut..

kalau anda hendak share dengan orang lain,sila klik kanan dekat folder anda dan pilih Dropbox > share this folder...








 Selepas sudah membuka akaun dropbox,saya pergi ke tugasan yang lain iaitu mencari apa itu course manangement system(CMS) dan learning management system(LMS)..Tanpa melengahkan masa saya mencari makna tersebut dalam MR GOOGLE .

Anda tahu apa itu CMS DAN LMS?
CMS adalah satu sistem pengurusan yang memudahkan kita untuk menambah bahan kursus,mengedit dan menguruskan kursus-kursus yang kita inginkan.

Antara contoh yang mudah saya berikan seperti SMPweb dimana siswa dan siswi ukm gunakan sekarang untuk mendaftar kursus,gugur kursus,mengemaskini jadual kuliah yang mereka mahukan..Ia dapat memudahkan para pelajar untuk menguruskan masa untuk ke kuliah.

Satu sistem pengurusan pembelajaran (LMS) adalah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan, dan penyampaian kursus pendidikan dalam talian atau program latihan.

Contoh bagi LMS pula adalah ifolio yang kita gunakan sekarang.Ia dapat memudahkan para pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi atas talian.Selain itu,ia dapat memudahkan para pelajar untuk mencari maklumat sebagai contoh nota kuliah yang diberikan oleh para pensyarah.Melalui web ini juga para pensyarah akan memberikan tugasan-tugasan yang harus pelajar lengkapkan.Oleh itu,rajin-rajinlah kita untuk melayari laman web ifolio...hehehe

Apabila saya sudah selesai kumpul semua maklumat mengenai CMS dan LMS,saya terus membuka akaun google mail untuk membuat laporan dengan mengunakan google docs.Apabila selesai,laporan tersebut saya kongsikan bersama pensyarah dan rakan-rakan yang lain dalam yahoogroup.Laporan tersebut itu juga telah saya simpankan di dalam dropbox.

Sampai disini saja yang dapat saya kongsikan...Jumpa lagi ye...=D

Saturday, 22 September 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 1dan 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pada minggu ini saya telah belajar beberapa perkara yang penting dalam subjek komputer dalam pendidikan..Pada pemulaan pembelajaran saya memang agak kekok dengan bab ICT ini..Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan bimbingan pensyarah tuto dan rakan-rakan sekelas.

Banyak perkara yang telah diajar oleh pensyarah tuto saya iaitu Puan Fariza Khalid. Sebelum memulakan kelas tuto kami pada hari pertama,pensyarah memberi kami beberapa minit untuk sesi suai kenal atau dikenali dalam bahasa orang putih ice breaking..hehehe
Saya mengambil masa 1 minit memperkenalkan diri saya dengan memberitahu nama penuh, nama panggilan, asal dari negeri mana (Negeri Sembilan tetap di hati...hehehe)  dan program yang saya ambil dalam Fakulti Pendidikan.

Pada minggu pertama pensyarah saya telah menyarankan kami semua agar membuat email rasmi terlebih dahulu. Pengunaan email rasmi tersebut adalah bertujuan untuk digunakan dalam waktu pembelajaran semasa berada di universiti.Selain itu, penggunaan email rasmi dapat mencermin kan mahasiswa-mahasiswa UKM adalah seorang yang beretika,teratur dan kemas. S Saya telah membuat dua email rasmi dengan menggunakan yahoo mail dan google mail. Dari situ saya dpt dapat belajar bagaimana cara untuk membuat email sendiri. Sebelum ini saya mengaku yang saya memang tidak tahu membuat email sendiri(pengakuaan secara terbuka..hehehe).. Sebelum itu saya ingin mempamerkan email rasmi yang telah saya buat dengan menggunakan nama penuh saya sendiri.

 Yang ni email yahoo mail saya norliatikah_othman@yahoo.com
 Yang ni pula email google mail saya norliatikahothman@gmail.com

Ok,lepas dah selesai selepas selesai membuat email rasmi, Puan Fariza menyarankan kami semua membuat "signature" dalam email masing-masing. Perkara wajib yang ada dalam "signature" tersebut adalah :
  1. Nama Penuh
  2. Program & Fakulti
  3. Akaun Facebook
  4. Alamat yahoo mail
  5. Alamat google mail
  6. No tel
  7. Alamat blog
  8. Alamat yahoogroup
  9. Alamat Facebookgroup
Selepas selesai dengan "signature" kami akan hantar pada email Puan Fariza. Tujuan membuatnya adalah untuk memudahkan pensyarah untuk menghubungi para pelajar dan mudah untuk membuat pengumuman rasmi.

Sebelum itu pensyarah kami membantu kami bagaimana cara untuk membuat yahoogroups dengan mengunakan email rasmi masing-masing. Sebelum ke topik lain saya ingin membawa anda ke  yahoo group saya.Puan Fariza mengajar kami satu per satu cara untuk membuat yahoogroup. Klik di sini.

Selepas itu kami pun sertai yahoogroup ge1155. Dalam group tersebut terdapat perfoma dan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah yang akan kami buat. Selain itu dalam group itu juga para pelajar dapat berkongsi masalah mengenai subjek dan dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain. Yang ni pula laman yhoogroup untuk ge1155. Klik di sini


Pada minngu ke dua  pula kami semua membuat facebook rasmi. Dengan menggunakan facebook rasmi tersebut pensyarah kami menyarankan kami untuk membuat group dalam facebook tersebut dengan mengunakan no matrik pelajar sebagai nama group tersebut.

Ni facebook rasmi saya <klik di sini> sudi-sudi lah add ye..=D

Yang ni pula group dalam facebook rasmi saya <klik di sini>...(nanti join ye...)

 Apabila sudah selesai membuat facebook group,kami ditugaskan untuk membuat blog rasmi pula. Dengan menggunakan email rasmi saya telah mempunyai 1 blog dimana di dalam blog tersebut saya akan menaip tentang refleksi pembelajaran mengenai subjek ini setiap minggu. Dari blog itu juga pensyarah kami akan menilai dan memberi markah menerusi apa yang diceritakan oleh pelajar. Agak kekok juga apabila ingin menceritakan sesuatu di dalam blog, maklumlah saya sebelum ni tidak pernah ade blog sendiri (tapi makin lama makin best pula taip dalam blog ni...hehehe)Sampai di sini yang saya dapat ceritakan apa yang berlaku pada minggu pertama dan kedua saya semasa sesi pembelajaran subjek ini.

Kita jumpa di episod yang akan datang ye...=D

Terima Kasih kerana sudi membaca.