Pada minggu ini saya telah belajar beberapa perkara yang penting dalam subjek komputer dalam pendidikan..Pada pemulaan pembelajaran saya memang agak kekok dengan bab ICT ini..Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan bimbingan pensyarah tuto dan rakan-rakan sekelas.
Banyak perkara yang telah diajar oleh pensyarah tuto saya iaitu Puan Fariza Khalid. Sebelum memulakan kelas tuto kami pada hari pertama,pensyarah memberi kami beberapa minit untuk sesi suai kenal atau dikenali dalam bahasa orang putih ice breaking..hehehe
Saya mengambil masa 1 minit memperkenalkan diri saya dengan memberitahu nama penuh, nama panggilan, asal dari negeri mana (Negeri Sembilan tetap di hati...hehehe) dan program yang saya ambil dalam Fakulti Pendidikan.
Pada minggu pertama pensyarah saya telah menyarankan kami semua agar membuat email rasmi terlebih dahulu. Pengunaan email rasmi tersebut adalah bertujuan untuk digunakan dalam waktu pembelajaran semasa berada di universiti.Selain itu, penggunaan email rasmi dapat mencermin kan mahasiswa-mahasiswa UKM adalah seorang yang beretika,teratur dan kemas.
Yang ni email yahoo mail saya norliatikah_othman@yahoo.com
Yang ni pula email google mail saya norliatikahothman@gmail.com
Ok,
- Nama Penuh
- Program & Fakulti
- Akaun Facebook
- Alamat yahoo mail
- Alamat google mail
- No tel
- Alamat blog
- Alamat yahoogroup
- Alamat Facebookgroup
Sebelum itu pensyarah kami membantu kami bagaimana cara untuk membuat yahoogroups dengan mengunakan email rasmi masing-masing. Sebelum ke topik lain saya ingin membawa anda ke yahoo group saya.Puan Fariza mengajar kami satu per satu cara untuk membuat yahoogroup. Klik di sini.
Selepas itu kami pun sertai yahoogroup ge1155. Dalam group tersebut terdapat perfoma dan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah yang akan kami buat. Selain itu dalam group itu juga para pelajar dapat berkongsi masalah mengenai subjek dan dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain. Yang ni pula laman yhoogroup untuk ge1155. Klik di sini
Pada minngu ke dua pula kami semua membuat facebook rasmi. Dengan menggunakan facebook rasmi tersebut pensyarah kami menyarankan kami untuk membuat group dalam facebook tersebut dengan mengunakan no matrik pelajar sebagai nama group tersebut.
Ni facebook rasmi saya <klik di sini> sudi-sudi lah add ye..=D
Yang ni pula group dalam facebook rasmi saya <klik di sini>...(nanti join ye...)
Apabila sudah selesai membuat facebook group,kami ditugaskan untuk membuat blog rasmi pula. Dengan menggunakan email rasmi saya telah mempunyai 1 blog dimana di dalam blog tersebut saya akan menaip tentang refleksi pembelajaran mengenai subjek ini setiap minggu. Dari blog itu juga pensyarah kami akan menilai dan memberi markah menerusi apa yang diceritakan oleh pelajar. Agak kekok juga apabila ingin menceritakan sesuatu di dalam blog, maklumlah saya sebelum ni tidak pernah ade blog sendiri (tapi makin lama makin best pula taip dalam blog ni...hehehe)Sampai di sini yang saya dapat ceritakan apa yang berlaku pada minggu pertama dan kedua saya semasa sesi pembelajaran subjek ini.
Kita jumpa di episod yang akan datang ye...=D
Terima Kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment