Saturday 29 September 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE-3

Assalamualikum dan Salam Sejahtera...=)

Alhamdulillah,pejam celik pejam celik dah msuk minggu ke 3 saya belajar subjek komputer dalam pendidikan..
Sebagai mana minggu lepas saya menceritakan cara-cara membuat email rasmi,yahoo group dan facebook rasmi,minggu ni pula saya telah belajar cara-cara untuk membuka akaun DROPBOX..
Apa itu Dropbox? Ha....that is good question..=D

Ni lah jawapanya...Dropbox adalah satu aplikasi yang menyediakan ruang simpanan untuk file anda secaraonline. Bagi newbie yang belum “berkesempatan” mempunyai hosting sendiri, Dropbox boleh digunakan sebagai host kepada produk percuma anda yang ingin anda berikan kepada subscriber anda.
Anda boleh menggunakan file hosting yang lain tetapi bagi saya Dropbox adalah yang paling mudah ditangani dan saya amat rekemen anda menggunakannya.
Aplikasi Dropbox akan mencipta satu folder baru didalam komputer anda secara automatik dan folder itu sama macam folder dalam komputer anda. Bezanya ialah setiap kali anda masukkan fail ke dalam folder Dropbox, fail akan di upload secara automatik ke dalam folder anda yang terletak di dropbox.com. Maknanya anda boleh akses ke dalam folder anda walau dimana anda berada. (macam pen-drive versi online).
Untuk mendapat link download produk percuma anda, anda hanya perlu masuk ke dalam folder public, “right-click” ke atas folder tersebut dan pilih “copy public link”. Walla…..link download anda akan dipaparkan. Inilah link download yang anda berikan kepada subscriber anda. Lagipun ianya PERCUMA sehingga 2GB.

Tu lah makna dropbox,saya pun baru-baru je dengar nama tu..Nampak sangat saya ni ketinggalan zaman kan..Banyak lagi rupanya yang saya tidak tahu lg tentang ICT ni...


Apa lagi jom la cepat buat akaun dropbox..=D
Sebelum saya membuka akaun tersebut,dalam performa telah link kan 1 video tentang pengunaan Dropbox..https://www.dropbox.com/
Study lah dulu ye sebelum buat akaun tersebut,supaya kita jadi lebih faham tentang penggunaannya dan tahu cara nak install nya..

 Macam mana nak guna Dropbox?

Selepas anda  install.. nanti anda akan nampak ada icon Dropbox pada tray bawah di sebelah kanan sebelah jam.. kalau icon tersebut ada simbol refresh warna biru, maksudnya file kita sedang di sync/download.. Anda boleh rollover mouse dekat situ untuk tahu status file.. kalau icon tu ada simbol tanda right warna hijau, maksudnya file anda sudah di sync/download..

untuk simpan file dengan diri anda sahaja, anda boleh create folder dalam tu, dan letakkan file dalam folder tersebut..

kalau anda hendak share dengan orang lain,sila klik kanan dekat folder anda dan pilih Dropbox > share this folder...








 Selepas sudah membuka akaun dropbox,saya pergi ke tugasan yang lain iaitu mencari apa itu course manangement system(CMS) dan learning management system(LMS)..Tanpa melengahkan masa saya mencari makna tersebut dalam MR GOOGLE .

Anda tahu apa itu CMS DAN LMS?
CMS adalah satu sistem pengurusan yang memudahkan kita untuk menambah bahan kursus,mengedit dan menguruskan kursus-kursus yang kita inginkan.

Antara contoh yang mudah saya berikan seperti SMPweb dimana siswa dan siswi ukm gunakan sekarang untuk mendaftar kursus,gugur kursus,mengemaskini jadual kuliah yang mereka mahukan..Ia dapat memudahkan para pelajar untuk menguruskan masa untuk ke kuliah.

Satu sistem pengurusan pembelajaran (LMS) adalah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan, dan penyampaian kursus pendidikan dalam talian atau program latihan.

Contoh bagi LMS pula adalah ifolio yang kita gunakan sekarang.Ia dapat memudahkan para pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi atas talian.Selain itu,ia dapat memudahkan para pelajar untuk mencari maklumat sebagai contoh nota kuliah yang diberikan oleh para pensyarah.Melalui web ini juga para pensyarah akan memberikan tugasan-tugasan yang harus pelajar lengkapkan.Oleh itu,rajin-rajinlah kita untuk melayari laman web ifolio...hehehe

Apabila saya sudah selesai kumpul semua maklumat mengenai CMS dan LMS,saya terus membuka akaun google mail untuk membuat laporan dengan mengunakan google docs.Apabila selesai,laporan tersebut saya kongsikan bersama pensyarah dan rakan-rakan yang lain dalam yahoogroup.Laporan tersebut itu juga telah saya simpankan di dalam dropbox.

Sampai disini saja yang dapat saya kongsikan...Jumpa lagi ye...=D

No comments:

Post a Comment