Sunday 7 October 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 4

Assalamualaikum...=D

Alhamdulillah..dah masuk minggu ke 4,maknanya dah sepurnama lah saya belajar kat sini. Cepat betul masa berlalukan. Minggu ke 4 ni Puan Fariza telah menerang kan kepada kami dengan lebih lnjut mengenai Web 2.0.

Web 2.0 adalah konsep yang mengambil rangkaian sebagai platfrom untuk perkongsian maklumat atau pun lebih dikenali membenarkan pengguna untuk berinteraksi dan berkerjasama antara 1 sama lain dalam media sosial.

Antara contoh Web 2.0 adalah

Facebook
Twitter

Blogs(ni blog saya,nk promote lg...hehehe)


Wikis

Antara ciri-ciri Web 2.0

  • Carian  : mencari maklumat
  • Pautan : Menyambung maklumat bersama-sama ke dalam maklumat  yang bermakna
  • Authoring : Keupayaan untuk mencipta dan mengemaskini kandungan membawa kepada kerjasama. Sebagai contoh dalam blog pengikut boleh menulis komen di bawah blog tersebut.
  • Tags : Untuk memudah kan mencari. Antara contoh software adalah Adobe reader, Adobe Flash Player dan lain-lain.
  • Isyarat : memberitahu penguna tentang perubahan kandungan


                                   



                                            
Saya juga belajar tentang virus juga..Nak thu virus tu ape,mesti rmai dah tahu kn..
Virus adalah satu virus komputer adalah program komputer yang boleh meniru sendiri dan merebak dari satu komputer kepada yang lain.

Antara contoh Virus adalah :
 Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk masuk ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Trojan ialah  serangan jenis ini menyamar dengan menjadi applikasi komputer yang biasa kemudian melakukan kerja backdoor-nya bagi memberi laluan kepada penggodam dan juga jangkitan virus.


Spyware merupakan program yang dibuat dengan tujuan untuk menyelinap masuk ke dalam komputer anda dan menjadi "mat spy" yang tidak diketahui oleh pengguna pc.


Rootkits adalah kumpulan software yang bertujuan untuk menyembunyikan proses, file dan data sistem yang sedang berjalan dari sebuah sistem operasi tempat dia bernaung.



Oleh itu setiap komputer sewajarnya mempunyai sistem 'anti virus' dalam komputer kita.Kaspersky, Avira, Avast adalah antara contoh-contoh anti-virus yang berada di pasaran.Mahupun kita mempunyai anti virus di dalam perisian kita,kita mestilah sentiasa 'update' atau mengemas kini mengikut waktu yang ditetapkan.Kita juga perlu berhati-hati sebelum menjalankan file baru dengan lakukan scanning terlebih dahulu dengan anti virus sebelum menjalankan sebuah file yang didapat dari mendownload di internet atau menyalin dari orang lain. 

Pada hari tu juga saya belaja tentang sistem operasi(operating system) Satu sistem operasi (OS) adalah koleksi perisian yang menguruskan sumber perkakasan komputer dan menyediakan perkhidmatan biasa bagi program komputer. Sistem operasi adalah satu komponen penting dalam sistem perisian dalam sistem komputer. Program aplikasi memerlukan sistem operasi untuk berfungsi.


Antara contoh sistem operasi adalah :



  1. Adroid
  2. BSD
  3. IOS
  4. Linux
  5. Mac OS X
                                              
                                             


sampai sni saja yang dpat sy ceritaakn..nnt sy cerita lg k..wassalam


No comments:

Post a Comment