Sunday 14 October 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 5

Minggu ke 5 ni setiap kumpulan kne buat pembentangan dalam kelas..Satu kumpulan 2 orang..ahli kumpulan saya adalah Nurulnadia Binti Mohamad Noor. Tajuk yang kami kne bentang kan adalah Thinking Skill And ICT  .Saya dan ahli kumpulan yang lebih mesra dengan pangilan Kak Nad telah membahagikan tugas agar ia menjadi mudah. Saya memncari maklumat mengenai ICT manakala Kak Nad mencari maklumat mengenai Thinking Skills. Kami pun ape lagi terus pergi ke GOOGLE..hehehe



Kami cari maklumat yang berkait rapat dengan tajuk kami,banyak jugak maklumat yang kami dapat tp tak semestinye smue tu btul..so kami baca statement tersebut 1 per 1 dan bandingkan yang mana benar yang mana salah..Masa mula nk present rasa gementar semacam je,tapi alhamdulillah berjalan dengan lancar.

Antara tajuk yang dibentangkan pada hari itu adalah :
  • 21st Century Skills
  • Thinking Skills and ICT
  • Internet and Computer Security (Virus,Spam,Pishing) and Operating System
  • Original and License Software
  • Open Source Software
  • Web 2.0 in Education
  • E-Learning and Mobile Learning


Kemahiran Berfikir

Definisi

 Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Tujuan

  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.


    Ciri-Ciri Pemikir Bijak

    • Cekal                 
    • Luwes
    • Reflektif
    • Kurang impulsif
    • Ingin tahu
    • Mengambil risiko
    • Mahir menyoal
    • Tidak mudah putus asa
    • Asertif
    • Berkerjasama

ICT


Definisi

}ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan maklumat, khususnya, penggunaan komputer elektronik, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan mendapatkan maklumat dari mana-mana dan bila-bila masa.

Manfaat ICT:

  1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran
  2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan
  3. Meningkatkan motivasi pelajar
  4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
  5. Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
  7.  Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa
  8. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi pelajar
  9. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.
  10. Meningkatkan kemahiran ICT
Banyak lagi manfaat ICT kepada kita,oleh itu dengan adanya kemudahan ini kita gunakan lah sebaik mungkin,jagan lah kita menyalahgunakannya..Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsi kan apa yang berlaku pada minggu ke 5..Terima kasih kerana sudi membaca..Wassalam..=D                  

No comments:

Post a Comment