Wednesday, 26 December 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 14

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah..Minggu ini sudah masuk minggu ke 14, iaitu minggu terakhir pembelajaran dijalankan. Pada minggu ini Pensyarah kami iaitu Puan Fariza kurang sihat dan tidak dapat hadir pada kelas hari tersebut. Oleh itu,Cik Mazalah telah menggantikan Puan Fariza. Pada minggu ini saya telah belajar cara-cara untuk menggunakan Microsoft Excel. Bagi saya penggunaan software tersebut memudahkan para pengguna walaupun cara menggunakannya agak sukar sedikit.



Semasa saya berada di matrik saya telah belajar cara-cara mengunakan software tersebut tetapi masih kurang mahir. Bagi saya bakal guru perlu tahu cara penggunaan software ini kerana ia amat penting sekiranya guru-guru ingin memasukan markah-markah peperiksaan para pelajar.

Antara contoh penggunaan tersebut adalah :

  • untuk memasukan markah peperiksaan pelajar
  • memasukan penyata akaun peribadi
  • penyata akaun gaji para pekerja
Selain itu, pelajar-pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pasti sudah mahir dalam penggunaan software tersebut maklumlah kebanayakan mereka mengambil jurusan akaun dan ekonomi. Sebagai contoh untuk mengira untung bersih, rugi, debit, kredit, dan sebagainya. Minggu ini saya telah membuat dua tugasan dengan menggunakan Microsoft Excel ini iaitu memabuat markah peperiksaan pelajar dan membuat penyata akaun peribadi. Baiklah saya akan terangkan sedikit cara-cara untuk menggukan Microsoft Excel ini.

CARA-CARA MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

  1. Klik start dan klik pada Microsoft Excel
  2. Apabila sudah membukanya, masukan data seperti bilangan, nama pelajar, mata pelajaran, markah pelajar, gred dan sebagainya. Seperti mana yang saya tunjukan ini.

   3. Setiap markah pasti ada gred, oleh itu saya membuat jadual gred di sebelah kiri untuk memudahkan saya untuk melihat. Sebagai contoh saya telah menetapkan gred seperti berikut :
  • 0-19        E
  • 20-39      D
  • 40-59      C
  • 60-79      B
  • 80-100    A


 Kemudian saya highlight pada jadual tersebut dan klik Formula.


4. Kemudian klik pada Define name dan isikan perkataan "gred" pada Name untuk menakan jadual tersebut, seterusnya klik ok.


5. Untuk menentukan gred markah, klik pada ruang sebelah markah, kemudian klik pada formula dan klik insert function. Selepas itu klik VLOOKUP dan klik OK.


6. Seterusnya klik pada markah yang berada disebelahnya. Kemudian isi "gred" di petak table_array, "2" di petak col_index_num dan perkataan "true" di petak range_lookup, kemudian klik OK.


7.  Bagi memudah kan anda untuk mengisi gred untuk markah seterusnya, anda hanya perlu highlight pada petak yang telah diisikan gred sehingga ke petak terakhir kemudian klik. Gred setiap markah akan keluar.


8. Ulang langkah yang ke 7 tadi untuk mendapatkan gred bagi markah seterusnya.


9. Seterusnya adalah lanhkah untuk menentukan bilangan pelajar yang mendapat gred A, B, C, D dan E. Mulanya anda perlu klik pada ruang sebelah bilangan A, kemudian klik fx dan pilih pada COUNTIF.


10. Selepas itu, lengkapkan ruanagan range dengan cara klik pada gred bermula dari atas sampai bawah sehingga timbul garisan putus-putus.manakala pada ruangan kriteria pula masukan gred yang hendak dijumlahkan. Sebagai contoh, bilangan A yang ingin kita jumlahkan, maka tulis "A" pada ruang tersebut dan klik ok.  



Untuk lebih mengenalnya, berikut beberapa istilah dalam Microsoft Excel :
1. Cell : merupakan bagian terkecil dari worksheet yng dapat diisi dengan jumlah karakter (max. 255 karakter) isi cell dapat berupa value, formula atau text. Contoh : cell A3, cell D5

2. Worksheet (lembar Kerja) : merupakan kumpulan dari 256 kolom dan 65536 baris.

3. Workbook (buku kerja) : merupakan kumpulan dari 256 worksheet (berlabel sheet1 sampai sheet 256)

4. Range : merupakan sekelompok cell yang akan mendapataksi sama sesuai perintah yang anda jalankan. Pemberian alamat/ address dilakukan mulai dari cell sudut kiri atas sampai cell sudut kanan bawah. Contoh : A46 → range mulai dari cell A4 sampai cell D6

5. Alamat Relatif : merupakan alamat yang jika dituliskan kedalam bentuk rumus atau fungsi akan berubah jika dicopy ke cell lain.
Contoh : cell berisi formula A5*6 ,B3 dicopy ke C5 formula pada C5 berubah menjadi B8*6

6. Alamat Semi Absolut : merupakan alamat yang dituliskan dengan tanda $ didepan baris atau kolomsehingga nilai tidak akan berubah.
Contoh : Cell B1 berisi formula $A1*7,B1 dicopy kan ke D5 formula pada D5 menjadi $A5*7

7. Alamat Absolut : merupakan alamat yang dituliskan dengan tanda $ didepan baris dan kolom.tekan tombol F4 untuk menghasilkan alamat absolut pada formula bar. Contoh : cell B1 berisi formula $A$1&5,B1 dicopy kan ke C3 formula pada C3 menjadi $A$1*5

8. Name Box : menunjukkan pada cell/ range yang aktif saat itu. Anda dapat juga membuat nama range melalui kotak nama disebelah kiri formula bar.
Contoh : Holla nama lain range A5:G7

Selain itu, ada juga beberapa Fungsi yang sering digunakan didalam microsoft Excell,diantaranya adalah sebagaiberikut : 

1. fungsi Sum :
Digunakan untuk menjumlahkan sekumpulan data pada satu range, penulisannya : =SUM(number1,number2,..)

2. Fungsi Average :
Digunakan untuk mencari nilai rata-rata,
penulisannya : =average(number1,number2,…)

3. Fungsi Max :
Digunakan untuk mencari nilai tertinggi dari sekumpulan data, penulisannya : =max(number1,number2,…)

4. Fungsi Min:
Digunakan untuk mencari nilai terendah dari sekumpulan data, penulisannya : =max(number1,number2,…)

5. fungsi Count :
Digunakan untuk menghitung jumlah data dari range yang kita pilih

6. Fungsi Stedev :
Digunakan untuk menentukan standart devisiasi dari suatu range, penulisannya : =stedev(number1,number2,…)

7. Fungsi Var :
Digunakan untuk menentukan nilai varience dari suatu range, penulisannya : =var(number1,number2,…)

Demikianlah postingan kali ini tentang Mengenal Microsoft Excell dan fungsinya, semoga dapat bermanfaat!












Thursday, 13 December 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 13

Assalamualaikum..

Minggu ni sudah masuk minggu ke 13,cepat betul masa berlalu.. Baikalah,minggu ni saya belajar cara-cara untuk membuat slide powerpoint yang menarik dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Sebelum itu, tajuk slide saya adalah Kemahiran berfikir dan ICT.

Untuk menarikkan lagi slide saya memasukan unsur-usur grafik sebagai contoh memasukan gambar yang menarik dan gambar yang boleh bergerak.. Dengan cara itu saya dapat menarik perhatian para penonton untuk melihat,membaca dan mendengar apa yang ingin saya bentangkan. Dari situ juga saya dapat belajar cara-cara untuk menjadi seorang yang lebih kreatif.

Selain itu, dalam slide itu juga saya menggunakan kaedah hyperlink iaitu dimana pengguna boleh klik pada sesuatu perkataan atau objek untuk ke page atau laman yang lain. Hyperlink ini saya gunakan untuk diapplikasikan dalam slide yang saya buat dimana saya memasukan 5 soalan untuk para pengguna menjawab setelah selesai membaca nota-nota yang saya berikan.

Setiap soalan yang saya buat, saya sediakan beberapa aneka jawapan unutk para pengguna memilih jawapan yang betul sama ada mereka pilih jawapan A,B,C atau D. Oleh itu, saya letakkan link pada setiap jawapan tersebut. Sekiranya jawapan yang dipilih salah,maka akan keluar satu slide dimana yang menyatakan bahawa "jawapan yang dipilih salah dan sila cuba lagi". Apabila jawapan yang dipilih betul, maka akan keluar satu slide yang menyatakan "jawapan anda btul dan tahniah".

Cara untuk meletakan link pada sesuatu perkataan sangat mudah. Langkah-langkahnya adalah :

1) highlight pada perkataan yang kita ingin link kan
2) klik insert
3) klik hyperlink
4) pergi pada place in this document
5) kemudian pilih slide yang ingin anda link kan.
6) klik "OK"

Sekiranya anda ingin memilih gambar-gambar yang menarik,comel dan yang boleh bergerak anda boleh melayari laman web ini http://www.glitter-graphics.com/gallery.php?categoryID=77&page=19
Grafik tersebut dapat membuatkan slide anda kelihatan lebih menarik dan lebih ceria.

contoh-contoh grafik yang menarik






Samapi disini sahaja yang dapat saya kongsikan..
Wassalam..=)

Monday, 10 December 2012

PEMBELAJARAN MINGGU KE 12

Assalamualaikum..

Apa yang telah saya belajar pada minggu ini adalah tentang CASPER..Mesti ramai ramai yang ingat casper tu adalah cerita kartun yang mengisahkan kehidupan hantu yang bernama casper, comelkan kartun ni..


Baiklah,casper sebenarnya adalah salah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyususnan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini amat penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat meransang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang disampaikan.  CASPER bermaksud Contrast, Alignment, Simplicity, Proximity, Emphasis, Repitition.
                                                 
             

Baiklah saya akan terangkan satu per satu tentang CASPER tersebut :

a) Contrast (perbezaan yang ketara)

Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisian

perlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang).
Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar
belakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan,
kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan
tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.
Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan
perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin
dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan
berdekatan dan grafik kecil dengan besar.

Contrast  boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara :
  1. font jenis besar dan jenis kecil
  2. font berlainan muka taip
  3. garis halus dan garis kasar
  4. warna sejuk dan warna hangat
  5. tekstur licin dan tekstur kasar
  6. unsur  mendatar dan unsur menegak
  7. garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
  8. grafik kecil dan grafik besar.

b) Alignment(susunan lurus)

Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka

perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.
Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin
dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam
prinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga
perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap

paparan perisian.       

c) Simplicit(mudah) 


Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna

memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu
bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya
dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual
yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah
difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam
perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian
dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna
dari teks yang panjang lebar.


d) Proximity



Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisian
perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat
kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan
pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai
satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini
akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

e) Emphasis(penekanan)

Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi
penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara
digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna.
Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidak
menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian
pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih
kepada elemen sampingan.

f) Repitition(pengulangan)

Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya

pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan
yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan
media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalah
kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai
kecenderungan yang terhadap media.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:
·        saiz teks dan objek,
·        bentuk teks dan objek,
·        susun atur teks dan objek,
·        warna teks, warna objek dan warna latar,
·        grafik dan animasi.


                                                                                                                                                                                                                    

Sunday, 2 December 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 11

Assalamualaikum..

Minggu ni apa yang saya belejar adalah cara-cara untuk membuat brochure dengan mengunakan Microsoft Publisher dan cara-cara membuat booklet dengan menggunakan Microsoft Word. Tetapi sebelum itu saya ingin menerangkan tentang GIMP yang saya belajar pada minggu ke 10 yang lepas.


GIMP adalah alat pengolah gambar multi-platform. GIMP adalah singkatan dari GNU Image Manipulation Program. GIMP cocok untuk berbagai pekerjaan pengolahan gambar, termasuk perbaikan foto, penggabungan dan pembuatan gambar. GIMP memiliki berbagai kemampuan. Software ini dapat digunakan untuk program paint sederhana, program perbaikan foto berkualitas tinggi, sistem pemrosesan batch online, produksi massal render gambar, konverter format gambar dll




Cara menggunakan GIMP : Setiap kali anda mahu menambah gambar atau pun perkataan perlulah menambah layer baru.
  • file> open>pilih fail imej mana yang anda kehendakki>klik pada rectangle select tools/ellipse select tool( toolbox)
  • Crop gambar pada bahagian yang anda ke hendakki> edit> copy
  • pergi pada gambar yang anda ingin tampal gambar>Klik kanan pada tetikus>edit>paste
  • Lihat pada box layer,channel,path,undo..terdapat floating image> klik kanan tetikus>klik pada new layer.
  • Jadi gambar yang anda tampal tadi telah mempunyai layer sendiri.
  • Pada bahagian atas GIMP juga anda boleh menggunakan.
  • Image: edit size,crop imej,
  • Colour: Menambah kegelapan atau kecerahan imej,menambah efek warna pada imej.
  • Filter: menambah efek-efek lain pada imej.
  • Jika anda mahu menambah perkataan klik pada (A) pada toolsbox. 
cara menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat brochure :

                                                       
kegunaan Brosur ialah untuk sebagai media promosi.Dimana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu.Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

1) buka Microsoft Publisher

2) apabila sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut


3) seterusnya pilih jenis design yang anda minati


4) masukkan butiran seperti tajuk program yang akan diadakan, nama penaja, tarikh dan hari program akan diadakan, aktiviti yang akan dijalankan, matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan.(tips: letakkan tarikh pada masa akan datang kerana apabila program hendak dijalankan,brosur sudah siap untuk diedarkan kepada masyarakat).Disini saya serta kan brosur yang sudah dimasukkan maklumat dan gambar-gambar yang berkenaan.


5) seterusnya cantikan brochure anda mengikut kreativiti sendiri

Cara membuat brochure dengan menggunakan Microsoft Word

1) Klik pada Microsoft Word
2) Kemudian klik pada "page layout" > margin > custom margin


3) Kemudian klik pada "landscap" dan klik ok


4) seterusnya anda perlu membuat column dengan memilaih column ketiga


5) seterusnya anda boleh menghasilkan brochure mengikut kreativiti yang anda inginkan..selamat mencuba..

Saya ingin berkongsi sedikit antara perbezaan Microsoft Publisher dengan Microsoft Word