Thursday, 13 December 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 13

Assalamualaikum..

Minggu ni sudah masuk minggu ke 13,cepat betul masa berlalu.. Baikalah,minggu ni saya belajar cara-cara untuk membuat slide powerpoint yang menarik dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Sebelum itu, tajuk slide saya adalah Kemahiran berfikir dan ICT.

Untuk menarikkan lagi slide saya memasukan unsur-usur grafik sebagai contoh memasukan gambar yang menarik dan gambar yang boleh bergerak.. Dengan cara itu saya dapat menarik perhatian para penonton untuk melihat,membaca dan mendengar apa yang ingin saya bentangkan. Dari situ juga saya dapat belajar cara-cara untuk menjadi seorang yang lebih kreatif.

Selain itu, dalam slide itu juga saya menggunakan kaedah hyperlink iaitu dimana pengguna boleh klik pada sesuatu perkataan atau objek untuk ke page atau laman yang lain. Hyperlink ini saya gunakan untuk diapplikasikan dalam slide yang saya buat dimana saya memasukan 5 soalan untuk para pengguna menjawab setelah selesai membaca nota-nota yang saya berikan.

Setiap soalan yang saya buat, saya sediakan beberapa aneka jawapan unutk para pengguna memilih jawapan yang betul sama ada mereka pilih jawapan A,B,C atau D. Oleh itu, saya letakkan link pada setiap jawapan tersebut. Sekiranya jawapan yang dipilih salah,maka akan keluar satu slide dimana yang menyatakan bahawa "jawapan yang dipilih salah dan sila cuba lagi". Apabila jawapan yang dipilih betul, maka akan keluar satu slide yang menyatakan "jawapan anda btul dan tahniah".

Cara untuk meletakan link pada sesuatu perkataan sangat mudah. Langkah-langkahnya adalah :

1) highlight pada perkataan yang kita ingin link kan
2) klik insert
3) klik hyperlink
4) pergi pada place in this document
5) kemudian pilih slide yang ingin anda link kan.
6) klik "OK"

Sekiranya anda ingin memilih gambar-gambar yang menarik,comel dan yang boleh bergerak anda boleh melayari laman web ini http://www.glitter-graphics.com/gallery.php?categoryID=77&page=19
Grafik tersebut dapat membuatkan slide anda kelihatan lebih menarik dan lebih ceria.

contoh-contoh grafik yang menarik






Samapi disini sahaja yang dapat saya kongsikan..
Wassalam..=)

No comments:

Post a Comment