Wednesday, 26 December 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 14

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah..Minggu ini sudah masuk minggu ke 14, iaitu minggu terakhir pembelajaran dijalankan. Pada minggu ini Pensyarah kami iaitu Puan Fariza kurang sihat dan tidak dapat hadir pada kelas hari tersebut. Oleh itu,Cik Mazalah telah menggantikan Puan Fariza. Pada minggu ini saya telah belajar cara-cara untuk menggunakan Microsoft Excel. Bagi saya penggunaan software tersebut memudahkan para pengguna walaupun cara menggunakannya agak sukar sedikit.



Semasa saya berada di matrik saya telah belajar cara-cara mengunakan software tersebut tetapi masih kurang mahir. Bagi saya bakal guru perlu tahu cara penggunaan software ini kerana ia amat penting sekiranya guru-guru ingin memasukan markah-markah peperiksaan para pelajar.

Antara contoh penggunaan tersebut adalah :

  • untuk memasukan markah peperiksaan pelajar
  • memasukan penyata akaun peribadi
  • penyata akaun gaji para pekerja
Selain itu, pelajar-pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pasti sudah mahir dalam penggunaan software tersebut maklumlah kebanayakan mereka mengambil jurusan akaun dan ekonomi. Sebagai contoh untuk mengira untung bersih, rugi, debit, kredit, dan sebagainya. Minggu ini saya telah membuat dua tugasan dengan menggunakan Microsoft Excel ini iaitu memabuat markah peperiksaan pelajar dan membuat penyata akaun peribadi. Baiklah saya akan terangkan sedikit cara-cara untuk menggukan Microsoft Excel ini.

CARA-CARA MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

  1. Klik start dan klik pada Microsoft Excel
  2. Apabila sudah membukanya, masukan data seperti bilangan, nama pelajar, mata pelajaran, markah pelajar, gred dan sebagainya. Seperti mana yang saya tunjukan ini.

   3. Setiap markah pasti ada gred, oleh itu saya membuat jadual gred di sebelah kiri untuk memudahkan saya untuk melihat. Sebagai contoh saya telah menetapkan gred seperti berikut :
  • 0-19        E
  • 20-39      D
  • 40-59      C
  • 60-79      B
  • 80-100    A


 Kemudian saya highlight pada jadual tersebut dan klik Formula.


4. Kemudian klik pada Define name dan isikan perkataan "gred" pada Name untuk menakan jadual tersebut, seterusnya klik ok.


5. Untuk menentukan gred markah, klik pada ruang sebelah markah, kemudian klik pada formula dan klik insert function. Selepas itu klik VLOOKUP dan klik OK.


6. Seterusnya klik pada markah yang berada disebelahnya. Kemudian isi "gred" di petak table_array, "2" di petak col_index_num dan perkataan "true" di petak range_lookup, kemudian klik OK.


7.  Bagi memudah kan anda untuk mengisi gred untuk markah seterusnya, anda hanya perlu highlight pada petak yang telah diisikan gred sehingga ke petak terakhir kemudian klik. Gred setiap markah akan keluar.


8. Ulang langkah yang ke 7 tadi untuk mendapatkan gred bagi markah seterusnya.


9. Seterusnya adalah lanhkah untuk menentukan bilangan pelajar yang mendapat gred A, B, C, D dan E. Mulanya anda perlu klik pada ruang sebelah bilangan A, kemudian klik fx dan pilih pada COUNTIF.


10. Selepas itu, lengkapkan ruanagan range dengan cara klik pada gred bermula dari atas sampai bawah sehingga timbul garisan putus-putus.manakala pada ruangan kriteria pula masukan gred yang hendak dijumlahkan. Sebagai contoh, bilangan A yang ingin kita jumlahkan, maka tulis "A" pada ruang tersebut dan klik ok.  



Untuk lebih mengenalnya, berikut beberapa istilah dalam Microsoft Excel :
1. Cell : merupakan bagian terkecil dari worksheet yng dapat diisi dengan jumlah karakter (max. 255 karakter) isi cell dapat berupa value, formula atau text. Contoh : cell A3, cell D5

2. Worksheet (lembar Kerja) : merupakan kumpulan dari 256 kolom dan 65536 baris.

3. Workbook (buku kerja) : merupakan kumpulan dari 256 worksheet (berlabel sheet1 sampai sheet 256)

4. Range : merupakan sekelompok cell yang akan mendapataksi sama sesuai perintah yang anda jalankan. Pemberian alamat/ address dilakukan mulai dari cell sudut kiri atas sampai cell sudut kanan bawah. Contoh : A46 → range mulai dari cell A4 sampai cell D6

5. Alamat Relatif : merupakan alamat yang jika dituliskan kedalam bentuk rumus atau fungsi akan berubah jika dicopy ke cell lain.
Contoh : cell berisi formula A5*6 ,B3 dicopy ke C5 formula pada C5 berubah menjadi B8*6

6. Alamat Semi Absolut : merupakan alamat yang dituliskan dengan tanda $ didepan baris atau kolomsehingga nilai tidak akan berubah.
Contoh : Cell B1 berisi formula $A1*7,B1 dicopy kan ke D5 formula pada D5 menjadi $A5*7

7. Alamat Absolut : merupakan alamat yang dituliskan dengan tanda $ didepan baris dan kolom.tekan tombol F4 untuk menghasilkan alamat absolut pada formula bar. Contoh : cell B1 berisi formula $A$1&5,B1 dicopy kan ke C3 formula pada C3 menjadi $A$1*5

8. Name Box : menunjukkan pada cell/ range yang aktif saat itu. Anda dapat juga membuat nama range melalui kotak nama disebelah kiri formula bar.
Contoh : Holla nama lain range A5:G7

Selain itu, ada juga beberapa Fungsi yang sering digunakan didalam microsoft Excell,diantaranya adalah sebagaiberikut : 

1. fungsi Sum :
Digunakan untuk menjumlahkan sekumpulan data pada satu range, penulisannya : =SUM(number1,number2,..)

2. Fungsi Average :
Digunakan untuk mencari nilai rata-rata,
penulisannya : =average(number1,number2,…)

3. Fungsi Max :
Digunakan untuk mencari nilai tertinggi dari sekumpulan data, penulisannya : =max(number1,number2,…)

4. Fungsi Min:
Digunakan untuk mencari nilai terendah dari sekumpulan data, penulisannya : =max(number1,number2,…)

5. fungsi Count :
Digunakan untuk menghitung jumlah data dari range yang kita pilih

6. Fungsi Stedev :
Digunakan untuk menentukan standart devisiasi dari suatu range, penulisannya : =stedev(number1,number2,…)

7. Fungsi Var :
Digunakan untuk menentukan nilai varience dari suatu range, penulisannya : =var(number1,number2,…)

Demikianlah postingan kali ini tentang Mengenal Microsoft Excell dan fungsinya, semoga dapat bermanfaat!












No comments:

Post a Comment