Assalamualaikum..minggu ni kami mendengar taklimat buat kali ke 2 di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Tujuan kami pergi ke PTSL adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam cara-cara untuk meminjam buku,mencari bahan melalui artikel dan jurnal dan sebagainya.Taklimat tersebut di kendalikan oleh seorang ahli perpustakaan di PTSL tersebut..Puan Fariza turut serta menghadiri taklimat tersebut walaupun beliau berada dalam keadaan kurang sihat..
ni lah PTSL
Taklimat tersebut dimulakan memperkenalkan laman sesawang PTSL iaitu GEMILANG.
Page depan Gemilang website
Sebelum nak masuk laman web ni macam biasalah,kita perlu log in dengan memasukan
Patron ID : No Matrik
Password : No Pengenalan Peribadi(NPP)
Banyak kemudahan yang telah di sediakan dalam laman web tersebut bagi memudahkan para pelajar sebagai contoh kemudahan untuk meminjam buku secara online,renew buku yang sudah di pinjam,mencari bahan seperti artikel,jurnal,keratan-keratan akhbar yang lama dan sebagainya..
Tapi tujuan utama kami ke sana adalah untuk mendengar taklimat cara-cara untuk mencari bahan-bahan artikel dan jurnal melalui laman web tersebut.Minggu ke 6 ni kami ditugaskan untuk mencari bahan artikel mengenai tajuk yang kami bentangkan pada minggu ke 5 yang lepas.
Melalui E-Journal Portal kita boleh mencari artikel dan jurnal di mana dalam portal tersebut terdapat pelbagai pangkalan data yang boleh kita layari.Disebabkan kami dari Fakulti Pendidikan,pangkalan data yang kita boleh gunakan untuk mencari bahan adalah seperti jetP, EBSCOHOST , ProQuest dan Taylor and Francis online. Pangkalan tersebut antara yang popular yang digunakan.
Langkah-langkah untuk ke pangkalan data :
1) Pergi ke E-Journal Portal
2) Klik pada Education / Psychology
3) Kemudian anda boleh pilih pangkalan data yang mana anda ingin gunakan
Pustakawaan tersebut turut memperkenalkan kepada kami pangkalan data dimana terdapat bahan artikel dan jurnal dalam bahasa melayu :
Akhir taklimat tersebut kami ditugaskan dalam kumpulan untuk mencari 5 bahan artikel melalui laman web Gemilang. Artikel tersebut haruslah berkait rapat dengan tajuk pembentangan pada minggu ke 5 yang lalu,kemudian di hantar kepada Puan Fariza.
Sampai di sini sahaja..terima kasih..=)