Friday, 23 November 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 10

Assalamualaikum..

Minggu ni kami semua belajar tentang Multimedia dalam Pendidikan. Perkataan multimedia adalah berdasarkan dari dua perkataan iaitu multi dan medium. Multi bermaksud pelbagai atau banyak. Mediun pula adalah alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu,perantaraan,alat pengantar,suatu bentuk komunikasi massa seperti majalah,surat khabar atau televisyen. Definisi mudah untuk multimedia adalah suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi pengunaan elemen media seperti teks,audio,video,grafik dan animasi.

Multimedia mempunyai pelbagai bentuk dan sangat menarik malah dapat memudahkan para pengguna dan menyenangkan. Atara contoh penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah penggunaan Microsoft Words, Microsoft PowerPoint dan banyak lagi.Multimedia merupakan antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan kerana ia  memberikan gambaran yang jelas untuk menyampaikan sesuatu mesej.Penggunaan multimedia bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah ia juga digunakan dalam bidang perubatan, perniagaan dan sebagainya.Menarik bukan..hehehe 

Selain itu saya juga mempelajari tentang file format imej iaitu BMP,TIFF,JPEG,PNG,WMF dan dua warna asas iaitu RGB dan CYMK. Saya juga belajar serba sedikit tentang bitmap dan vector.

Definisi bitmap adalah kumpulan bit yang terkumpul membentuk gambar.Gambar tersebut  memiliki kandungan satu demi satu titik(pixel). Semakin banyak jumlah pixel yang ada pada sesuatu gambar, semakin halus dan realistik gambar tersebut. Ciri-ciri bitmap :

*Bergantung pada resolution
*Gambar kelihatan kabur atau pecah apabila dibesarkan
*Semakin tinggi resolution semakin tinggi kualiti gambar
*Kapasiti penyimpanan file yang agak besar
*Warna gambar lebih fleksible dan nyata
*Terdiri daripada pelbagai jenis warna

File format bagi bitmap :

*BMP
*JPEG
*GIF
*PNG


Definisi Vector adalah grafik yang terbentuk daripada garisan-garisan yang mengikut istilah matematik. Ciri-ciri vector :

*Tidak bergantung pada resolution
*Kapasiti penyimpanan file yang kecil
*Sesuai untuk membuat gambar logo kerana mempunyai resolusi yang bebas

File format bagi vector :

*PICT
*PDF
*EPS


perbezaan imej bitmap dan vector apabila imej dibesarkan

RGB(Red Green Blue) merupakan warna asas iaitu merah,hijau dan biru.


CYMK(Cyan-Yellow-Magenta-Black) adalah standart warna internasional yang digunakan untuk dunia pencetakan. Iamenggunakan standarsasi warna dalam koordinat.


Kemudian kami dikenalkan dengan penggunaan GIMP iaitu digunakan untuk memproses grafik komputer dan foto. Penggunaannya agak begitu rumit juga. GIMP bakal kami gunakan untuk membuat brochure template pada minggu ke 11 nnt..Jadi kami disarankan untuk mahirkan diri dalam penggunaan GIMP tersebut.

Sekian,terima kasih..=)


No comments:

Post a Comment