Sunday 4 November 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 8

Assalamualaikum...

Minggu ni apa yang saya belajar adalah bermulanya pengenalan saya dengan SPSS. Apa tu SPSS??
Mesti ramai yang tertanya-tanyakan.
Tak kenal maka tak cinta..hehehe

Jadi jom saya perkenalkan anda semua dengan SPSS tu..

SPSS stand to Statistical Product and Service Solution. SPSS ini merupakan salah 1 pakej statistik yang paling popular dimana ia boleh melakukan  manipulasi data dan analisis yang sangat kompleks dengan arahan yang sangat mudah.

SPSS mempunyai 4 Windows iaitu:

a) Data Editor
b) Output Viewer
c) Syntax Editor
d) Script Window

Cara-cara untuk membuka SPSS



Start > All programs > SPSS Inc > SPSS 16.0 > SPSS 16.0

Selapas kita membuka SPSS ia terdapat 2 lembaran dalam Window tersebut


 a) Data View        b) Variable View




Data View ini boleh dikatakan lembaran yang mempunyai data yang kita telah masukkan.

Variable View pula adalah lembaran yang mempunyai maklumat tentang set data. Ia mempunyai 7 colum di mana tempat untuk kita mengisi semua maklumat :



  • Name
  • Type 
  • Width
  • Decimal
  • Label
  • Value  
Bagi memudahkan para pengguna,pelbagai jenis kaedah analisis data yang disediakan seperti pie chart,histogram dan bar chart. Ia juga menyediakan satu jadual dimana terdapat bacaan dalam frequency,percent,valid percent dan cumulative frequency.

Apabila saya sudah kenal dan faham cara-cara untuk mengunakannya,saya dan ahli kumpulan ditugaskan untuk membuat analisis jawapan responden berdasarkan soal selidik yang telah kami jalankan pada minggu yang lepas dengan mengunakan SPSS. Kemudian kami membuat laporan dalam bentuk kuantitatif(lebih kepada bentuk numeric) tentang analisis tersebut.

Sekian,terima kasih..=D


No comments:

Post a Comment