Thursday, 8 November 2012

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU KE 9

Assalamualaikum..

Minggu ni ramai yg tak sabar nak balik ke rumah,yelah minggu depan dh mula cuti midsem..hehehe
Kembali kepada tajuk sebenar,sudah masuk minggu ke 9,cepat betul masa berlalu.Minggu ni saya belajar bagaimana cara untuk menganalisis data dalam bentuk kualitatif.

Data kualitataif adalah data yang bukan dalam bentuk angka dan tidak melibat ujian statistik.Sebagai penyelidik sudah tentunya perlu membuat penelitian terhadap sesuatu data yang dibuatnya dengan melihat mendengar dan memahami.Antara contoh data kualitatif adalah:

  • Data temubual
  • Data observasi(pemerhatian)
  • Data bertulis
  • Cetakan daripada perbincangan atas talian
Oh ya,semasa kami sedang belajar mengenali data kualitatif,kami sedang diperhatikan oleh salah seorang pensyarah daripada UKM dimana beliau sedang mengunakan salah satu cara daripada contoh tersebut iaitu data observasi.Beliau mengunakan video kamera dengan merakam situasi pembelajaran kelas kami dari mula sehingga tamat sesi pembelajaran tersebut.

Kami pula mengunakan data kualitataif dengan cara cetakan daripada perbincangan atas talian iaitu ifolio. Dimana Puan Fariza telah memasukan tiga soalan mengenai Surveymonkey yang kami gunakan untuk membuat soalan soal selidik pada minggu sebelum ini.Dalam data ini ada prinsipnya tersendiri.Salah stu daripada prinsip tersebut adalah melibatkan proses 'data reduction'(cooding). 

Coding ini lebih dikenali dengan membuat kata kunci atau mengambil isi-isi penting daripada ayat yang panjang.Sumber tema dalam 'coding' adalah:
  1. Analisis isi kandungan
  2. Sorotan literatur
  3. Tema yang sudah masuk dalam soalan
Untuk membuat data ini kita haruslah memahami  proses analisis:

  1. Baca data keseluruhan
  2. Masukan tema/coding dalam kotak bersebelahan
  3. Setelah open coding selesai,kategorikan tema-tema tersebut ke dalam tema yang lebih besar
  4. Analisis semua untuk melihat sekiranya ada tema yang tidak dicatat
  5. Dapatkan tema yang muktamad
Setelah memahami penerangan daripada Puan Fariza,kami bergerak dalam ahli kumpulan masing-masing untuk membuat tugasan tersebut.Tugasan tersebut kami perlu membuat dengan mengunakan openoffice.org.writter.

Sekian terima kasih..


2 comments: